Rabu, 27 November 2019

SUMBANGAN-SUMBANGAN SHAHNON AHMAD MELALUI PENCAPAIANNYA.

SUMBANGAN-SUMBANGAN SHAHNON AHMAD MELALUI PENCAPAIANNYA.

Shanon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang cerpen. Penulisan karya beliau dalam setiap cerpen telah meningkatkan minat pembaca untuk membaca. Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen telah dimenangi oleh beliau iaitu Anjing-anjing, Debu Merah, dan Selesai Sudah. Di samping itu, cerpen Shanon telah juga diterbitkan dalam beberapa antalogi bersama. Malahan beliau telah memenangi RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalam Berita Harian  dan Mastika dalam tahun 1960-an menurut DBP. Pada tahun 1974, Shanon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.

            Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2016)  pada 1975, Shanon Ahmad telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran ‘Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982,beliau telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shanon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera. Seperti yang terlihat kini, beliau adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam berkarya. Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shanon mula berminat menukar pokok persoalan penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan.

            Polemik Shahnon Ahmad  dengan Kassim Ahmad mengenai takrif sastera Islam disiarkan  dalam majalah Dewan Sastera untuk beberapa keluaran pada tahun 1984. Shahnon telah dianugerahi  Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran “Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980. Pada 11 September 1993, Shanon Ahmad dinugerahi gelaran Professor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

PEMIKIRAN YANG BOLEH DIRUNGKAIKAN BERDASARKAN KARYA KARYA SHAHNON AHMAD YANG MAHSUR

Pemikiran yang boleh dirungkaikan berdasarkan karya-karya Shahnon Ahmad yang mahsur

Novel

Pemikiran dalam Novel ‘Srengenge’: Simbolisme Konflik Nilai
Antara pemikiran yang dikeluarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Srengenge ialah:
a)      Unsur animisme
Unsur animisme merupakan satu faktor penting dalam kehidupan di kawasan pedalaman. Pada orang Kaki Srengenge, Bukit Srengenge adalah tempat penyerahan dalam hidup, kerana Srengenge merupakan sumber penyambung nafas hidup orang Kaki Srengenge. Segala-galanya mereka dapat daripada bukit tersebut. Hal ini jelas terbukti dalam petikan, iaitu: 
“Bukan sahaja tekukur tapi juga napuh, puling, punai, serindit, pelanduk, kayu api, rotan, bertam, akar, buah-buah, pucu-pucuk kayu, daun ketupat (palas), buluh lemang, gondang di paya, merbuk, entahlah, semuanya hasil Srengenge. Orang Kaki Srengenge Cuma ambil saja. Useng kadang-kadang mahu tunduk kepala menyembah Srengenge yang tersergam itu. kalau tidak ada Srengenge, entah apalah akan jadi kepada anak buah Kaki Srengenge ini. Tiang rumah, dinding rumah, papan rumah, atap rumah, malah semua rumah dibuat hasil Srengenge juga. Buah-buah kayu lagi”.
                                                                                                                              (Hlm. 141)

b)      Konflik nilai
Dalam novel ini, diperlihatkan satu sistem nilai dalam kalangan kehidupan manusia di kampung. Masing-masing mempunyai kemahuan dan minat dalam membuat sesuatu dan sesuatu yang dikerjakan itu membawa nikmat yang tak ada tandingannya. Buktinya:
“Siddik berminat menepuk pelanduk di Srengenge. Dia gemar melihat kaki pelanduk terkengkeng kena jerut tali ciding… Melihat pelanduk terbingkas ke udara terkengkeng terkoyak paha itu memberi sesuatu yang paling nikmat buat Siddik; sesuatu nikmat yang dia sendiri tidak tahu hendak cerita” (hlm.20).
      “Saad Cik Lah berminat dalam menggetah puling atau punai. Saad hanya seronok melihat burung-burung itu terkena getah. Memberikan sesuatu kegembiraan yang amat       sangat padanya bila melihat burung itu menggelupur terkejang-kejang di pucuk kayu”    (hlm. 170).
Konflik nilai ini juga terdapat pada bini-bini mereka. Bini Useng berkata landak itu hamis dan hancing, makan ‘ikut terhadap’ dan muncungnya macam babi (hlm. 179). Srengenge merupakan lambang sebuah hidup yang penuh konflik yang universal baik dalam bidang apa sekalipun. Gagasan Awang Cik Teh yang ingin membawa orang kampungnya maju telah ditentang habis-habisan, malah dikaitkan pula dengan unsur-unsur ghaib yang menyebabkan Iman Hamad mati. 
 Awang Cik Teh lambang reformer mempunyai world view baru dalam hidupnya. Dia mempunyai sikap, falsafah dan fahaman sendiri bagaimana manusia boleh maju. Imam Hamad dan Diah hanya berkata meracik tekukur hanya satu perkara yang baik; pada Saad Cik Lah, “Tidak ada yang lain yang paling sedap di dunia ini kecuali menggetah burung”; Useng dengan napuh dan pelanduknya. Mereka sayangkan Srengenge yang sentiasa memberi nikmat. Tetapi, ada ‘orang luar’ yang bukan bumiputera hendak bermaharajalela. Jelaslah bahawa konflik timbul kerana mereka tidak menghormati nilai masing-masing.




Pemikiran dalam Novel ‘SHIT’
Pada tahun 1999, sasterawan negara ini telah menggemparkan dunia penulisan dan institusi pentadbiran negara apabila beliau melancarkan novel hangatnya yang berjudul ‘SHIT’. Melalui novel ini, Shahnon jelas mengkritik individu-individu yang memegang kuasa politik negara tetapi tidak menunjukkan etika-etika yang baik dalam pentadbiran. Watak PukiMak atau PM merupakan pemimpin politik yang mempunyai sikap negatif. PM tidak menunjukkan sifat-sifat positif yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin. Oleh itu, terdapat beberapa pemikiran yang telah dikemukakan dalam novel, iaitu:
a)      Pemimpin yang gila kuasa dalam pentadbiran.
Shahnon lantang mengkritik seorang pemimpin yang dikatakan gila kuasa dalam urusan pentadbiran. Hal ini jelas terbukti dalam petikan:
      “…PM boleh mencurahkan seberapa banyak kekenyangan kepada ketulan sesiapa saja       tapi bukan menyerah kekuasaan. Malah setitik kekuasaan pun tak akan dimiliki bersama. PM tidak dapat berbincang aspek kuasa itu. PM tidak Nampak dan tidak terasa bahawa ketulan lain boleh dan berhak dalam bidang memiliki kuasa ini…”
                                                                                                   (Shahnon Ahmad 1999:158)
      Petikan ini menunjukkan watak PM bagaikan tidak mahu bercakap mengenai kekuasaan dengan sesiapapun kerana dia merasakan dirinya sahaja yang berhak memegang kekuasaan itu. jadi, PM sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat mempertahankan kekuasaannya. Dengan adanya kuasa, PM dapat memerintah mengikut kemahuannya tanpa mengendahkan kepentingan pihak lain terutamanya rakyat di bawah pimpinannya. Watak PM dalam novel ini begitu mementingkan kuasa yang dimiliki sehingga tidak mengendahkan perkara yang berlaku, asalkan kuasanya dapat dipertahankan. Baginya, tiada siapa dan apa yang dapat menandingi kekuasaan yang dimilikinya.

b)      Pemimpin yang kejam dalam pemerintahan.
Shahnon menunjukkan ketidakpuasan hatinya terhadap pemimpin yang kejam dalam pemerintahan. Rakyat akan menggambarkan pemimpin sebagai individu yang mulia dan prihatin akan kebajikan rakyat. Walau bagaimanapun, sesiapapun tidak akan mengetahui niat sebenar di sebalik pimpinan mereka. Ada pemimpin yang bersikap positif dan ada juga yang bersikap negatif. Pemimpin yang bersifat kejam akan menyebabkan rakyat menderita walaupun bukan dari segi fizikal. Merujuk kepada satu petikan dalam novel ini, petikan tersebut jelas menunjukkan sikap pemimpin yang kejam dalam pentadbiran, iaitu:
 “…Dia boleh perintah apa saja yang terkeluar dari mulutnya. Atau pun boleh jadi PM sendiri hulur lubang keramatnya dan dia perintah aku memasuki lubang keramatnya.  Setiap perintah dari PM wajib dipatuhi kerana kalau tidak, akan ditangkap, digari,ditumbuk sampai bengkak-bengkak…”
                                                                                                     (Shahnon Ahmad 1999:64)
            Jelasnya, hal ini boleh menimbulkan kemudaratan seperti kecedaraan dan kematian. Pemimpin politik boleh mengeluarkan perintah kepada pengikut-pengikutnya tetapi mesti bersesuaian dan tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang. Jika sampai memukul dan mencederakan apabila perintah tidak dituruti, hal ini boleh menimbulkan banyak masalah. Kita sebagai rakyat mestilah menginginkan seorang pemimpin yang mempunyai sifat yang baik dan bukannya bersifat kejam sedemikian. Itulah pemikiran yang cuba diketengahkan oleh pengarang Shahnon Ahmad dengan menggambarkan pemimpin yang kejam, iaitu membuat perkara yang tidak sepatutnya, sekiranya perintah mereka dipatuhi seperti menangkap dan memukul. Setiap masalah boleh diselesaikan dengan cara rundingan dan bukannya dengan cara yang kejam.


Cerpen


Pemikiran dalam cerpen Anjing-anjing
Kumpulan cerpen Anjing-anjing ini juga merupakan salah sebuah karya Shahnon Ahmad yang mempunyai tujuh buah cerpen sahaja di dalamnya. Cerpen ini mengandungi persamaan tema dan persoalan yang menceritakan tentang latar belakang dunia kota di Alor Setar, iaitu kisah-kisah kebinatangan perangai manusia yang hidupnya lebih didorong oleh nafsu seks dan hiburan semata-mata.
Dengan pegangan kepada slogan “Seni untuk Masyarakat”, walaupun tanpa disedari, Shahnon Ahmad mengetengahkan persoalan masyarakat di sekitar Alor Setar. Hal ini jelas kerana setiap cerpen diberikan pendahuluan “Pengakuan Pengarang” sebagai panduan kepada pembaca mengenai sumber proses kreatifnya. Kumpulan cerpen Anjing-anjing mempunyai keistimewaannya tersendiri, iaitu secara agak langsung memberikan teladan kepada pembaca untuk tidak mencontohi watak-watak yang berperangai buruk. Namun secara keseluruhannya, Shahnon Ahmad tidak memberikan hukuman yang jelas kepada watak-watak yang buruk tersebut.
            Dalam pengakuannya mengenai cerpen “Ayam dan Manusia” (Utusan Zaman, 13 Julai 1958), Shahnon Ahmad mengatakan:
            “Kisah rogol adalah kisah manusia juga. Kisah hina yang kini sudah menjadi kisah             sehari-hari; kisah kebiasaan. Ianya berlaku bukan setakat dalam tanah air kita sahaja: malah di setiap penjuru alam ini. Juga bukan di kota-kota besar sahaja tetapi juga di   desa-desa yang berselerak di kaki-kaki gunung tinggi. Juga bukan setakat golongan  bawahan sahaja melibatkan diri dalam hal ini. Golongan atasan juga tak kurang. Tokoh- tokoh politik. Pak Haji dan Pak Lebai. Malah di mana ada manusia, di situ ada rogol-rogolan. Kisah ini kisah lama yang berlaku di daerah saya sendiri. Salah seorang guru pelawat telah mabuk betina. Sana-sini mencari peluang. Ada lubang terus memasukinya tanpa pilih tanpa apa satu. Dan kemudiannya memasuki lubang kepunyaan manusia lain yang tiba-tiba muncul waktu itu. Alangkah sialnya guru pelawat itu. Hiruk-pikuk seluruh kampung kami dibuatnya. Dan kerana hiruk-pikuk yang berjalan selama tiga bulan itulah maka datang inspirasi untuk mencipta. Apalagi pada suatu petang ternampak seekor bapa ayam sedang bergelut dengan seekor ibu ayam. Terjadilah “Ayam dan Manusia” tadi”.                                        
 (Shahnon Ahmad, 1964:4)
            Dalam cerpen ini, pengarang menyamakan manusia seperti ‘bung besar’ dengan binatang yang hanya mencari kepuasan nafsunya semata-mata, iaitu ayam jantan yang sentiasa memburu ayam betina untuk memenuhi nafsunya. Ayam hanya menuruti naluri fitrahnya kerana tidak berakal, sedangkan manusia dikurniakan akal untuk berfikir dalam tindakannya yang dipandu oleh jalan agama. Pengarang mengkritik golongan atasan yang bertindak sesuka hatinya kerana pangkat, gaji dan kemewahannya. Golongan bawahan pula telah berani mencabar golongan atasan dan sanggup bertindak menentang penyelewengan mereka. 



Pemikiran dalam cerpen “Seketul Hati Seorang Pemimpin”
a)      Komunikasi rasa
Ungkapan, cerpen yang agak panjang yang mengisahkan politik kebadutan memberi rasa yang berbeza dalam pentafsirannya. Beliau seakan-akan meletakkan politik sebagai satu bidang yang penuh dugaan kesan tipu-tipuan, hipokrit, kepura-puraan dan main-mainan lisan. Justeru, komunikasi permulaan Shahnon dalam cerpen ini mengimbau kerisauan watak sebagai permulaan yang main-mainan lisan itu.
      “Malam hening penuh dengan kesepian tetapi kepala Nong berserabut dengan kebisingan juga; bersipongan dan terngiang-ngiang bagaikan kunang-kunang sesat terjebak dalam tengkoraknya.
                                                                                                                     (“Ungkapan”: 1)




Pemikiran dalam cerpen Debu Merah
a)      Ciri-ciri Peribadi Insan Kreatif (Sahsiah)
Salah satu pemikiran yang diketengahkan oleh Shahnon Ahmad dalam cerpen Debu Merah ialah ciri-ciri peribadi insan kreatif. Berdasarkan konteks Shahnon, ciri-ciri peribadi atau sahsiah yang diperlihatkannya merupakan kecerdasan atau kebolehan intelektual yang tinggi dalam pemikiran menerawang (divergent thinking). Bentuk pemikiran ini boleh dirujuk kepada pandangan Morton Hunt, iaitu meliputi sifat-sifat yang menyimpang daripada sifat yang konvensional serta mempunyai pelbagai alternatif penyelesaian, kefasihan, keaslian, dan kelenturan.
       Meneliti cerpen ini, Shahnon dilihat bersikap demikian apabila beliau dengan begitu bebas dan terbuka telah membentangkan pelbagai permasalahan dalam masyarakat yang disifatkan sebagai debu merah yang mengotori kehidupan mereka. Hal ini jelas apabila Shahnon melalui cerpen-cerpen tertentu dalam kumpulan cerpen ini telah mencanai sesuatu bahan atau pengalaman yang merangsang daya kreativitinya menjadi karya kreatif tanpa melakukan sebarang helah bela diri.

KARYA YANG DIHASILKAN OLEH SHAHNON AHMAD SELAMA MENJADI PENULIS SASTERA




karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad selama menjadi penulis sastera.


                                                                   

          Novel
1.                Rentong, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 123 hlm.
2.                Terdedah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 116 hlm.
3.                Ranjau Sepanjang Jalan, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd.,1966,188 hlm.
4.                Menteri, Alor Setar: Dinas Penerbitan Pustaka Sekolah, 1967, 119 hlm.
5.                Protes, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1967, 161 hlm.
6.                  Perdana, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 213 hlm.
7.                Srengenge, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 233 hlm.
8.                Sampah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974, 65 hlm.
9.                Kemelut, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 156   hlm.
10.            Al-Syiqaq I, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 427 hlm.
11.            Tunggul-tunggul Gerigis, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989 (Edisi Sasterawan Negara, 1990), 305 hlm.
12.            Patriarch, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991 (Edisi Sasterawan       Negara, 1995), 227 hlm.
13.            Ummi & Abang Syeikhul, Pulau Pinang: Percetakan Yusran, 1992, 145 hlm.
14.            TIVI, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995, 117 hlm.
15.            Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,         1995, 252 hlm
16.            Sutan Baginda, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997, 115 hlm.
17.            Stumps (Terjemahan), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1997 (cet. 2),     334 hlm.
18.            Seluang Menodak Baung, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia)                           Ltd., 1978, 304 hlm.

            Cerpen
1.                Dua Zaman (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1963,    190 hlm.
2.                Anjing-anjing, Kuala Lumpur: Penerbitan Jambatanmas, 1964, 100 hlm.
3.                Perajurit yang Pulang (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung,        1964, 132 hlm.
4.                Debu Merah, Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1965, 221 hlm.
5.                Angin Retak (antologi bersama), Melaka: Penerbitan Abbas Bandung, 1966, 177     hlm.
6.                Konflik (antologi bersama), Alor Star; Penerbitan Pustaka Utara, 1967, 118 hlm.
7.                Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama) Kuala Lumpur: Penerbitan        Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.
8.                Selesai Sudah, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1977,     164 hlm.
9.                Cerpen-cerpen ASEAN (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan       Pustaka, 1978, 279 hlm.
10.            Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm.
11.            Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn.        Bhd., 1985, 339 hlm.
12.            Titisan Indah di Bumi Merkah (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar       Bakti Sdn. Bhd., 1985, 405 hlm.
13.            Alun Menggulung Perlahan (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 286 hlm.
14.            Seketul Hati Seorang Pemimpin, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,                      1989, 346 hlm.
15.            Takah Demi Tokoh (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, 346 hlm.

            Drama
            1          Anak Rempang Karam di Kota, Alor Setar: Penerbitan Pustaka Maha, 1968, 126 hlm.

            Kajian
1.                   Kajian Novel Desa Pingitan (bersama Yahaya Ismail), Kuala Lumpur: Penerbitan   Pustaka Antara, 1966, 26 hlm.
2.                   Penglibatan dalam Puisi, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.    Bhd., 1978, 194 hlm.
3.                   Gubahan Novel, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 147 hlm.
4.                   Kesusasteraan dan Etika Islam, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.,        1981, 113 hlm.
5.                   Detik-detik Diri di Daerah Daif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,         1991, 167 hlm.
6.                   Kesusasteraan, Kepolitikan, Kealaman, Kedirian Kemanusiaan, Kuala Lumpur:      Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, 183 hlm.
7.                   Sastera Sebagai Sismograf Kehidupan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan             Pustaka, 1993, 566 hlm.
8.                   Sastera: Pengalaman, Ilmu, Imaginasi dan Kitarannya, Kuala Lumpur: Dewan        Bahasa dan Pustaka, 1994, 161 hlm.’
9.                   Literature As a Seismograph of Life (Terjemahan Hawa Abdullah), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 445 hlm.
10.               Pongang Sastera, Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1995, 209 hlm.

            Esei / Kritikan
1.                   Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957 – 1972 (antologi bersama),       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 419 hlm.
2.                   Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,             1980, 92 hlm.
3.                   Sastera dan Sasterawan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah        Malaysia, 1980, 259 hlm.
4.                   Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Islam (antologi bersama), Kuala Lumpur: GAPIM, 1980, 10 hlm.
5.                   Imej dan Cita-cita: Kertas Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur:    Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 374 hlm.
6.                   Novel-novel Malaysia dalam Kritikan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan   Bahasa dan Pustaka, 1982, 357 hlm.

7.                   Sastera dan Agama (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan            Pustaka, 1984, 130 hlm.

Jumaat, 8 November 2019

BIODATA SHAHNON AHMAD


Biodata Shahnon Ahmad

Shanon Ahmad dilahirkanpada 13 Januari 1933, di Kampung Banggul Derdap, sebuah kampung pedalaman di daerah Sk, Kedah. Belaiu merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik.
            Selepas tamat pelajaran di kolej tersebut, Shahnon telah bekerja sebagai guru sementara dalam mata pelajaran Inggeris di English Grammar School, Kuala Terangganu. Selepas setahun, beliau memasuki Askar Melayu di Port Dickson, Negeri Sembilan. Dari tahun 1956 hingga tahun 1959, beliau menjadi guru Inggeris di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar di Alor Setar. Pada tahun 1960 pula, beliau ditukarkan semula ke sekolah lamanya iaitu Kolej Sul­tan Abdul Hamid, sebagai guru Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1963, beliau ditukarkan pula ke Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Pada pertengahan tahun 1968, Shahnon bertugas sebagai pembantu penyelidik, Projek Perkamusan Bahasa Inggeris-Malaysia di Department of Indonesian Languages and Literatures, Australian National University (ANU) Canberra, Australia, di bawah Prof. A.H. Johns secara sambilan hingga mendapat Ijazah Sarjana Musa Sastera (BA) dalam bidang Pengajian Melayu. Pada tahun 1972, beliau bertugas sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjong Malim, Perak. Pada akhir tahun pula, beliau menjadi tutor di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusian, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sambil melanjutkan pelajarannya. Beliau berjaya mendapat ijazah Sarjana Sastera (MA) pada tahun 1975 dengan tesisnya bertajuk “Sajak-sajak A.S.Amin”.
            Selepas itu, Shahnon telah dilantik sebagai pensyarah kesusasteraan di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan seterusnya dilantik sebagai timbalan dekan.pada tahun 1980, beliau dilantik menjadi profesor madya dan dekan pusat pengajian tersebut. Beliau juga dilantik menjadi ahli Senat dan ahli Majlis Universiti. Pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Moden.
            Shahnon Ahmad mendapat banyak anugerah dan penghormatan. Pada tahun 1973, dia menghadiri Afro-Asian Writers Conference di Alma Ata, Soviet Rusia, bersama-sama Prof. Dato’ Ismail Hussein sebagai wakil Malaysia dan GAPENA (Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia). Pada tahun-tahun 1971, 1972 dan 1973, beliau memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang cerpen. Pada tahun 1974, kritikan beliau pula memenangi Hadiah Karya Sastera. Dia juga adalah pemenang tunggal Hadiah Karya Sastera dalam bidang novel menerusi novel ‘Srengenge’ pada tahun 1973. Pada tahun 1976, beliau mendapat Augerah Pejuang Sastera bersama-sama dengan Ishak Haji Muhammad, Kamaluddin Muhammad (Keris Mas), Usman Awang (Tongkat Warrant), A. Samad Ismail dan A. Samad Said.
            Shahnon pernah dilantik menjadi ahli panel pengadil Peraduan Mengarang Cerpen anjuran majalah Asiaweek. Di samping itu, beliau pernah menjadi pengerusi Sayembara Mengarang Novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA, dan pengerusi Peraduan Menulis Cerpen Islam anjuran Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau pernah menjadi anggota Panel Anugerah Sasterawan Negara dan Hadiah Sastera Malaysia.
            Pada tahun 1982, Shahnon mendapat Anugerah Sastera Negara dari kerajaan Malaysia. Pada tahun 1990, belaiu menerima anugerah ASEAN Bidang Kesusasteraan daripada COCI, dan dianugerahkan pangkat Profesor Emeritus daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 1993. Shahnon Ahmad telah menerima anugerah bintang Kesateria Mangku Negara (KMN) daripada Yang Dipertuan Agong pada tahun 1974, dan paa tahun 1980 dianugerahi Dato’ Setia Diraja (DSDK), dengan gelaran Dato’. Shahnon Ahmad pernah memegang jawatan Pengarah Pusat Islam, Universiti Sains Malaysi