Shanon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang cerpen. Penulisan karya beliau dalam setiap cerpen telah meningkatkan minat pembaca untuk membaca. Sekurang-kurangnya sebanyak tiga buah kumpulan cerpen telah dimenangi oleh beliau iaitu Anjing-anjing, Debu Merah, dan Selesai Sudah. Di samping itu, cerpen Shanon telah juga diterbitkan dalam beberapa antalogi bersama. Malahan beliau telah memenangi RM100.00 untuk cerpen yang tersiar dalam Berita Harian dan Mastika dalam tahun 1960-an menurut DBP. Pada tahun 1974, Shanon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang esei dan kritikan pula.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2016) pada 1975, Shanon Ahmad telah dilantik menjadi salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera. Beliau telah dianugerahi gelaran ‘Pejuang Sastera’ oleh Perdana Menteri pada tahun 1976. Dalam tahun 1982,beliau telah dianugerahi pula Anugerah Sastera Negara daripada kerajaan dan mulai tahun 1983, Shanon dilantik semula sebagai Panel Hakim Hadiah Karya Sastera. Seperti yang terlihat kini, beliau adalah penulis yang sukar ditandingi bakat dan kesungguhannya dalam berkarya. Beliau bukan sahaja menulis dalam banyak bidang malah berbicara tentang banyak hal dan sejak akhir-akhir ini, Shanon mula berminat menukar pokok persoalan penulisannya daripada masalah cerita hidup masyarakat desa kepada hal-hal yang menyentuh keislaman dalam dunia kesusasteraan.
Polemik Shahnon Ahmad dengan Kassim Ahmad mengenai takrif sastera Islam disiarkan dalam majalah Dewan Sastera untuk beberapa keluaran pada tahun 1984. Shahnon telah dianugerahi Darjah Kebesaran Datuk Setia Diraja Kedah yang membawa gelaran “Datuk’ daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dalam tahun 1980. Pada 11 September 1993, Shanon Ahmad dinugerahi gelaran Professor Emeritus oleh Universiti Sains Malaysia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan